Saturday, 5 April 2014

Checking My First Posting

1 April 2014.. akan diingati sepanjang hidup aku,
tarikh aku melapor diri sebagai seorang guru,
ini bermakna aku secara officially nya telah memasuki alam pekerjaan..

Post kali ni aku akan cerita pada masa mula aku check penempatan,
so, post ni mungkin lebih panjang daripada post2 biasa aku..

sebenarnya, dalam 12 hari sebelum tarikh yang ak nyatakan di atas,
aku telah dihubungi oleh Ari, kawan baik ak yang mengatakan dah boleh cek petempatan..
dia siap cakap lagi dia dah tahu petempatan dia ke Sarawak,
dan nyatakan sekali rakan2 kelas yang lain dapat mana
kiranya, mcm ak seorang je lagi yang tak cek lagi (sbb ak ter'silent' handset aku)
tp mengikut info yg dia bagi, ramai rakan kelas aku dapat semenanjung
dan yg paling best, semua rakan aku yang selangor dapat selangor..

aku pun pergilah ke cyber cafe berdekatan..
mula-mula masuk laman web kpm tu,
tak dapat cek, tertulis nama anda tiada dalam siri petempatan ini,
aku dah cuak..
tup-tup aku tepon ari, dia kata mmg ramai yg cek macam tu,
dia punya pun minta tolong org cek kan
tp aku dah lang-alang kat cni, aku nak cek lah terus
takpe, jadi aku pun bukalah dulu facebook..

tengok dalam facebook, ramai sgt rakan2 maktab  yang dah post pasal dpt negeri mana
memang rata2 rakan maktab aku dapat semenanjung
aku siap komen-komen post , like post dorang
then, dah nak balik tu, aku try bukak blk laman web kpm td
aku cakap, klu tak dapat bukak juga
aku balik jelah, cek nanti..

skali bukak-bukak..
dapat tau, sekali cuba saja..
and bila aku baca butir-butir tu..
terus aku baca wilayah ditempatakan


-
-
-
-
-
-
-
-
-



Wilayah Persekutuan Labuan

aku blank kejap..
terkedu, terkejut!
kalau tertulis sabah ke sarawak ke,
dah ada kemungkinan lah dalam kepala otak aku,
tapi w.p Labuan ni,
memang tak pernah terlintas dalam ni...

serentak tu, fatin telepon..
aku apa lagi, 
"tennnnnnnnnnnnnn....... aku dapat labuan"
ktorang apa lagi, menjeritlah dalam tepon tu,
tak sangka.. senior maktab yang dah posting sebelum ni pun,
tak pernah ada yang dihantar ke sana..

lps tu, tepon ari..
kakak-kakak aku pun tepon gak..
ayat aku mula -mula



Aku             :"Alang, aku dah tau aku posting kat mana"
Alang           : Kat mana?
Aku              : Wilayah...persekutuan...
Alang            : Baguslah tu, dapat dekat..
Aku              : Wilayah Persekutuan Labuan
Alang            : Hah!  camne boleh dapat situ..



Aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku tyme tu
aku tak kisah dapat sana
sebab aku tahu, ktorg guru baru ni 
memang berkemungkinan akan dihantar ke sabah sarawak
tp, aku cuma sedih =)
kawan-kawan aku dari selangor
semua dapat selangor
kawan-kawan aku dari negeri lain pun
ramai dapat selangor..


meniti hari-hari nak tunggu tarikh 1 April tu,
perasaan aku gundah-gelana
rasa tak tenteram
rasa nak pergi jauh sangat..


aku nak jaga keluarga aku..
nak tolong dorang masa dorang perlukan aku
aku nak hantar nyah n kimah pergi airport masa dorang nak pergi umrah nnt..
bila aku rasa aku nak pergi jauh,
aku rasa sedih sangat
tapi, bila aku pikir adik aku, ila
dia lagi jauh, smpai ke mesir,
tapi rileks je lagi...

so , berkat daripada kata-kata dorongan kawan-kawan
keluarga, jiran-jiran
aku lebih berfikiran positif..
aku kena bersyukur , at least w.p Labuan takde pedalaman..
Aku lebih bertuah sebenarnya ..

28 - 29 mac tu, aku ke umah alang,
hantar bagasi dulu,
lepas tu, aku balik semula ke sungai besar,
hari Isnin 31 Mac, baru aku naik bas ke kl..


hari ahad, sebelum bertolak
aku singgah kubur mama ngan ayah
aku rindu mama ngan ayah
aku rindu sangat-sangat..
and now, aku akan tinggalkan dorang
aku rasa jauh..
aku tak pernah pergi sejauh ni sebelum ni
belajar pun , plg jauh ke negeri sembilan je,
aku cakap, kalau mama ada lagi, mesti dye happy aku dah jd ckgu,
berkat doa dye..
n klu ayah ada, mesti dye risau aku ke sana
sebab dye memang klu boleh nak anak-anak dye duduk dekat je..

Mulai hari tu, aku selalu doa.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku di Labuan..
Semoga aku dapat sekolah yang baik, 
rakan-rakan yang baik,
guru-guru yang baik,
dan murid-murid yang baik ..
amin....






p/s : lupa, doa akhir sekali, dan semoga aku dapat berjumpa jodoh yang baik, 
       yang dapat memimpin aku dunia dan akhirat,
       amin.......








No comments:

Post a Comment