Saturday, 5 April 2014

Checking My First Posting

1 April 2014.. akan diingati sepanjang hidup aku,
tarikh aku melapor diri sebagai seorang guru,
ini bermakna aku secara officially nya telah memasuki alam pekerjaan..

Post kali ni aku akan cerita pada masa mula aku check penempatan,
so, post ni mungkin lebih panjang daripada post2 biasa aku..

sebenarnya, dalam 12 hari sebelum tarikh yang ak nyatakan di atas,
aku telah dihubungi oleh Ari, kawan baik ak yang mengatakan dah boleh cek petempatan..
dia siap cakap lagi dia dah tahu petempatan dia ke Sarawak,
dan nyatakan sekali rakan2 kelas yang lain dapat mana
kiranya, mcm ak seorang je lagi yang tak cek lagi (sbb ak ter'silent' handset aku)
tp mengikut info yg dia bagi, ramai rakan kelas aku dapat semenanjung
dan yg paling best, semua rakan aku yang selangor dapat selangor..

aku pun pergilah ke cyber cafe berdekatan..
mula-mula masuk laman web kpm tu,
tak dapat cek, tertulis nama anda tiada dalam siri petempatan ini,
aku dah cuak..
tup-tup aku tepon ari, dia kata mmg ramai yg cek macam tu,
dia punya pun minta tolong org cek kan
tp aku dah lang-alang kat cni, aku nak cek lah terus
takpe, jadi aku pun bukalah dulu facebook..

tengok dalam facebook, ramai sgt rakan2 maktab  yang dah post pasal dpt negeri mana
memang rata2 rakan maktab aku dapat semenanjung
aku siap komen-komen post , like post dorang
then, dah nak balik tu, aku try bukak blk laman web kpm td
aku cakap, klu tak dapat bukak juga
aku balik jelah, cek nanti..

skali bukak-bukak..
dapat tau, sekali cuba saja..
and bila aku baca butir-butir tu..
terus aku baca wilayah ditempatakan


-
-
-
-
-
-
-
-
-



Wilayah Persekutuan Labuan

aku blank kejap..
terkedu, terkejut!
kalau tertulis sabah ke sarawak ke,
dah ada kemungkinan lah dalam kepala otak aku,
tapi w.p Labuan ni,
memang tak pernah terlintas dalam ni...

serentak tu, fatin telepon..
aku apa lagi, 
"tennnnnnnnnnnnnn....... aku dapat labuan"
ktorang apa lagi, menjeritlah dalam tepon tu,
tak sangka.. senior maktab yang dah posting sebelum ni pun,
tak pernah ada yang dihantar ke sana..

lps tu, tepon ari..
kakak-kakak aku pun tepon gak..
ayat aku mula -mula



Aku             :"Alang, aku dah tau aku posting kat mana"
Alang           : Kat mana?
Aku              : Wilayah...persekutuan...
Alang            : Baguslah tu, dapat dekat..
Aku              : Wilayah Persekutuan Labuan
Alang            : Hah!  camne boleh dapat situ..



Aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku tyme tu
aku tak kisah dapat sana
sebab aku tahu, ktorg guru baru ni 
memang berkemungkinan akan dihantar ke sabah sarawak
tp, aku cuma sedih =)
kawan-kawan aku dari selangor
semua dapat selangor
kawan-kawan aku dari negeri lain pun
ramai dapat selangor..


meniti hari-hari nak tunggu tarikh 1 April tu,
perasaan aku gundah-gelana
rasa tak tenteram
rasa nak pergi jauh sangat..


aku nak jaga keluarga aku..
nak tolong dorang masa dorang perlukan aku
aku nak hantar nyah n kimah pergi airport masa dorang nak pergi umrah nnt..
bila aku rasa aku nak pergi jauh,
aku rasa sedih sangat
tapi, bila aku pikir adik aku, ila
dia lagi jauh, smpai ke mesir,
tapi rileks je lagi...

so , berkat daripada kata-kata dorongan kawan-kawan
keluarga, jiran-jiran
aku lebih berfikiran positif..
aku kena bersyukur , at least w.p Labuan takde pedalaman..
Aku lebih bertuah sebenarnya ..

28 - 29 mac tu, aku ke umah alang,
hantar bagasi dulu,
lepas tu, aku balik semula ke sungai besar,
hari Isnin 31 Mac, baru aku naik bas ke kl..


hari ahad, sebelum bertolak
aku singgah kubur mama ngan ayah
aku rindu mama ngan ayah
aku rindu sangat-sangat..
and now, aku akan tinggalkan dorang
aku rasa jauh..
aku tak pernah pergi sejauh ni sebelum ni
belajar pun , plg jauh ke negeri sembilan je,
aku cakap, kalau mama ada lagi, mesti dye happy aku dah jd ckgu,
berkat doa dye..
n klu ayah ada, mesti dye risau aku ke sana
sebab dye memang klu boleh nak anak-anak dye duduk dekat je..

Mulai hari tu, aku selalu doa.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku di Labuan..
Semoga aku dapat sekolah yang baik, 
rakan-rakan yang baik,
guru-guru yang baik,
dan murid-murid yang baik ..
amin....






p/s : lupa, doa akhir sekali, dan semoga aku dapat berjumpa jodoh yang baik, 
       yang dapat memimpin aku dunia dan akhirat,
       amin.......








Tuesday, 4 March 2014

Ina Kapatid Anak versi drama melayu

tengok, aku ni memang gila sangat dengan cerita ina kapatid anak, drama filipina yg tengah tayang kat astro bella ni, smpai terbawa-bawa fikiran aku mengimaginasikan kalau cerita ni diadaptasi kepada drama melayu... waaahh, bunyi aku konon macam dah jadi orang penting dalam industri hiburan je kan, tapi taklah, aku cuma terfikir kalau nak buat versi melayu lah kan, sape agaknya yang boleh bawak empat karakter utama dalam tu iaitu Liam, Celyn, Margaux dan juga Ethan...

Okey, tema cerita ni sah-sah lah tak boleh diterima oleh agama dan negara kita.. yelah, tema cerita ni pasal ibu tumpang.. dan mengikut majlis fatwa kebangsaan, hukum menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah haram.. untuk penjelasan lebih lanjut, korang boleh click kat sini e- fatwa (ibu tumpang)

Oleh itu, aku just fikirkan pasal kalau cerita ni adaptasi ke drama melayu, siapa pelakon yang sesuai untuk bawak watak-watak yang aku nyatakan tadi..

Sebenarnya, aku tak jumpa lagi pelakon-pelakon Malaysia yang sesuai bawak watak-watak dalam cter tu, cuma aku terfikir ada seorang pelakon ni sesuai sangat bawak watak margaux yang dilakonkan oleh maja salvador..pelakonnya adalah    ----------------------->
.
.
.
.
.
.
.
.
.

neelofa


sejak aku tengok rancangan meletop kat astro ria yang diacarakan oleh Nabil dan Neelofa, aku selalu rasa dye ni boleh pegang watak Margaux.. muka dah ada iras dah, dengan kedua-duanya ada tahi lalat kat bawah mata, dan bila rambut dorang ala2 curly gitu lagi sama.. dahlah dua-dua pun kecik molek je orangnya..  so apa pendapat korang??


p/s: pelakon untuk watak Celyn, Liam dan Ethan, kita bincang lain post ye..

Tuesday, 18 February 2014

I’m KIMXI’s Fanatic

Korang mungkin tertanya-tanya,
“KIMXI’s fanatic? Apa KIMXI tu? Tak pernah dengar pun”
“Orang ? Barang ? Makanan? Ke apa bendanya KIMXI tu?”
So kepada sape yang nak tahu, KIMXI tu adalah …..


 love team of KIM CHIU and XIAN LIM

Hehehehe, sebenarnya sepanjang aku duk kat umah ni, aku banyak sgt tengok TV.. semua rancangan TV aku bantai.. semua channel aku dah bukak, especially astro ada bagi promotion hujung tahun utk tayangan channel2 HD, makin bertambah lah pilihan rancangan2 TV yg aku boleh tgk..(nasib baik astro rumah aku ada package basic dgn mustika je) , so aku tgk cter2 dr package yg aku ambil n plus cter2 yg aku tgk dr channel HD sempena promotion ni.. So, aku come across this exciting drama dekat channel telenovela pertama Malaysia, astro BELLA.. Tajuk drama tu adalah ‘HER MOTHER’S DAUGHTER’ atau dalam tajuk Filipina nya ialah ‘INA KAPATID ANAK’.



Kalau korang nak tahu hero heroin drama ni lah KIM CHIU dan XIAN LIM.. semua peminat fanatic dorang(including me) gelarkan couple ni sebagai KIMXI.. dorang ni memang sesuai .. n they are actually offscreen couple juga.. to be honest, aku dah kenal KIMXI ni dari cter pertama lagi yg gandingkan dorang sebagai hero dan heroin iaitu cter ‘JADE’ a.k.a ‘MY BINONDO GIRL’..


Tapi, waktu tu aku tak habis belajar lg, so byk miss episode, n bile tengok akhir2, dorang dah bercinta, jd aku tak tahu mcm mana perkenalan mereka.. tp ble habis je aku belajar, n tyme tu cter INA KAPATID ANAK ni baru nak ditayangkan, aku apa lagi, amik lah peluang nak tgk cter ni, dan Alhamdulillah, ceritanya best sangat k.. n fortunately, cter ni lah sebenarnya yg membuatkan aku mula jadi fanatic terhadap KIMXI couple..

so jom layan gambar kimchiu dan xian lim..


KIM CHIU 


XIAN LIM



KIMXI =)