Sunday, 13 September 2015

My true everything ENYAH

Baca wassap family td, deni kirim gambar nyah yg skrg ni tgh gi cameron higland lawatan sekolah. Kapsyen deni "nyah membeli-belah di cameron higland, naik bas plkn". Ak rasa sangat tertarik nak tengok muka nyah. Ak zoom gmbar tu. Terus tersenyum ak bila nampak muka nyah. "Seronoknya nyah dpt jalan2". 




Then ak smbung buat keje balik smbil kemas bilik, tiba2 ak terdetik nak tgk balik gmbar nyah td. Ak bukak gmbar tu, sekali lg ak zoom. Kali ni, senyumanku hadir dengan air mata yang bertakung kat mata. " nyah pakai baju yang ak belikan untuk dia". Terharu pulak ak rasa. Ak memang masa beli baju tu , memang ak fikir nyah muat ke tak, cantik ke tak, kain dye sedap ke tak, cekak kat tangan tu mencengkam sgt ke tak. Last2 ak dpt tgk sndiri nyah pakai n memang cantik dan ngam sekali baju tu di badan nyah. Alhamdulillah, sukanya ak :-) 



Gambar Ila senda masa mula2 nyah dapat baju ni. Hehehe, n ak sengaja send baju ni ke alamat sekolah, supaya nyah rasa happy ada someone hntar hadiah kat dye kat sek =)


Ak mmg suka beli barang untuk nyah kalau ke mana2. Yg pnting barang yg ak beli utk nyah biasanya ak beli barang yg dye suka dan dye akan pakai atau berguna utk dye. Hehehehe, bila barang tu sampai kat tangan nyah , nyah akan cakap terima kasih dlu. Lepas tu, dye terus bagi ak satu kata-kata yang memang konpem ak akan dgr lps ucapan terima kasih tu. "Dik, simpan2 duet tu dik" ak pun iyekan aje, hahaha, dlm hati, ada jugak nyah ak menyimpan skit2 , insha allah. 

Nyah adik mama ak yg sgt ak sayangi dan rindui. Ble mama meninggal masa ak ting 4, nyah yg byk tolong jaga ak n adik2. N ble ayah meninggal 6 tahun lps tu, nyah amik alih tugas sbg ibu n ayah pd ak n family. Nyah waktu kecik garang. Garang sgt. Tp adik beradik ak selalu ckp ak jarang kena marah ngan nyah, sbb nyah sayang ak. Hahahaha, ak pun x tau, kecik2 dlu bukannya ak faham pape, cuma ak tau lah nyah yang jaga masa ak belum sekolah. 


My beautiful family, nyah terpejam mata lah pulak, hehehehe..


Masuk sek men, nyah keje sbg pmbntu makmal kat sek men ak. Ak mmg setiap rehat mkan kat bilik dye. N peristiwa plg ak igt adalah bila masa hr jadi ak, nyah bagi rm10 kat ak, n perasaan ak tyme tu, waaaahhhhh, happy giler x terkata. Yelah, rm 10 utk bdk ting 3 masa tahun 2005. Byk tu. Tapi, bln depannya iaitu bulan 10 masa hr jadi nyah, blh pulak ak lupa hr jadi nyah. Tak wish langsung. N ak rasa nyah mcm terasa. Smpai kwn nyah pun mcm perli ak tak igt hr jadi nyah. Ak menangis kat kwn ak n dorg tolong ak buat kad. N ak bg kat nyah. Nyah mcm biasa ckp terima kasih.

Ak pernah gaduh ngan nyah gak. Bukan gaduh besar pun smpai berhari-hari, cuma ada lah tertinggi suara kat nyah. Sbb masa tu ak mcm ada self defense lah konon. Padahal mmg bnda tu ada salah ak jugak. Tp lepas tu elok je balik kami ni mcm biasa.

Masa ak nak gi labuan, ak ckp ngan nyah ak x de duet, nak pinjam duet nyah. Nyah kuarkan duet dye nak bg kat ak. Tak kan ak lupa tu. Byk pulak tu, nyah cakap takpe duet mak ko jugak tu. Itulah nyah, bila guna duet dye je utk family kami, nyah akan cakap, takpe duet mak ko gak, takpun, tolak duet bendang bhgn mak ko. Padahal ak rasa dh tak terkira byk nya nyah bg duet pd kami.

Nyahhhhh, tahun depan nyah pencen kan, jom jalan2 nak tak? Kita gi tempat yg cantik n blh shopping skali. Hahahaha, thankz nyah for everything, byk bnda nyah dh buat utk iqah n family, n sure iqah akan try membalasnya, klu x dpt, hanya allah je yg blh membalasnya utk nyah. Iqah doakan nyah supaya sntiasa sihat utk melakukan amal ibadah. Chaiyoookkk nyah :-)



Saturday, 5 April 2014

Checking My First Posting

1 April 2014.. akan diingati sepanjang hidup aku,
tarikh aku melapor diri sebagai seorang guru,
ini bermakna aku secara officially nya telah memasuki alam pekerjaan..

Post kali ni aku akan cerita pada masa mula aku check penempatan,
so, post ni mungkin lebih panjang daripada post2 biasa aku..

sebenarnya, dalam 12 hari sebelum tarikh yang ak nyatakan di atas,
aku telah dihubungi oleh Ari, kawan baik ak yang mengatakan dah boleh cek petempatan..
dia siap cakap lagi dia dah tahu petempatan dia ke Sarawak,
dan nyatakan sekali rakan2 kelas yang lain dapat mana
kiranya, mcm ak seorang je lagi yang tak cek lagi (sbb ak ter'silent' handset aku)
tp mengikut info yg dia bagi, ramai rakan kelas aku dapat semenanjung
dan yg paling best, semua rakan aku yang selangor dapat selangor..

aku pun pergilah ke cyber cafe berdekatan..
mula-mula masuk laman web kpm tu,
tak dapat cek, tertulis nama anda tiada dalam siri petempatan ini,
aku dah cuak..
tup-tup aku tepon ari, dia kata mmg ramai yg cek macam tu,
dia punya pun minta tolong org cek kan
tp aku dah lang-alang kat cni, aku nak cek lah terus
takpe, jadi aku pun bukalah dulu facebook..

tengok dalam facebook, ramai sgt rakan2 maktab  yang dah post pasal dpt negeri mana
memang rata2 rakan maktab aku dapat semenanjung
aku siap komen-komen post , like post dorang
then, dah nak balik tu, aku try bukak blk laman web kpm td
aku cakap, klu tak dapat bukak juga
aku balik jelah, cek nanti..

skali bukak-bukak..
dapat tau, sekali cuba saja..
and bila aku baca butir-butir tu..
terus aku baca wilayah ditempatakan


-
-
-
-
-
-
-
-
-



Wilayah Persekutuan Labuan

aku blank kejap..
terkedu, terkejut!
kalau tertulis sabah ke sarawak ke,
dah ada kemungkinan lah dalam kepala otak aku,
tapi w.p Labuan ni,
memang tak pernah terlintas dalam ni...

serentak tu, fatin telepon..
aku apa lagi, 
"tennnnnnnnnnnnnn....... aku dapat labuan"
ktorang apa lagi, menjeritlah dalam tepon tu,
tak sangka.. senior maktab yang dah posting sebelum ni pun,
tak pernah ada yang dihantar ke sana..

lps tu, tepon ari..
kakak-kakak aku pun tepon gak..
ayat aku mula -mula



Aku             :"Alang, aku dah tau aku posting kat mana"
Alang           : Kat mana?
Aku              : Wilayah...persekutuan...
Alang            : Baguslah tu, dapat dekat..
Aku              : Wilayah Persekutuan Labuan
Alang            : Hah!  camne boleh dapat situ..



Aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku tyme tu
aku tak kisah dapat sana
sebab aku tahu, ktorg guru baru ni 
memang berkemungkinan akan dihantar ke sabah sarawak
tp, aku cuma sedih =)
kawan-kawan aku dari selangor
semua dapat selangor
kawan-kawan aku dari negeri lain pun
ramai dapat selangor..


meniti hari-hari nak tunggu tarikh 1 April tu,
perasaan aku gundah-gelana
rasa tak tenteram
rasa nak pergi jauh sangat..


aku nak jaga keluarga aku..
nak tolong dorang masa dorang perlukan aku
aku nak hantar nyah n kimah pergi airport masa dorang nak pergi umrah nnt..
bila aku rasa aku nak pergi jauh,
aku rasa sedih sangat
tapi, bila aku pikir adik aku, ila
dia lagi jauh, smpai ke mesir,
tapi rileks je lagi...

so , berkat daripada kata-kata dorongan kawan-kawan
keluarga, jiran-jiran
aku lebih berfikiran positif..
aku kena bersyukur , at least w.p Labuan takde pedalaman..
Aku lebih bertuah sebenarnya ..

28 - 29 mac tu, aku ke umah alang,
hantar bagasi dulu,
lepas tu, aku balik semula ke sungai besar,
hari Isnin 31 Mac, baru aku naik bas ke kl..


hari ahad, sebelum bertolak
aku singgah kubur mama ngan ayah
aku rindu mama ngan ayah
aku rindu sangat-sangat..
and now, aku akan tinggalkan dorang
aku rasa jauh..
aku tak pernah pergi sejauh ni sebelum ni
belajar pun , plg jauh ke negeri sembilan je,
aku cakap, kalau mama ada lagi, mesti dye happy aku dah jd ckgu,
berkat doa dye..
n klu ayah ada, mesti dye risau aku ke sana
sebab dye memang klu boleh nak anak-anak dye duduk dekat je..

Mulai hari tu, aku selalu doa.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku di Labuan..
Semoga aku dapat sekolah yang baik, 
rakan-rakan yang baik,
guru-guru yang baik,
dan murid-murid yang baik ..
amin....






p/s : lupa, doa akhir sekali, dan semoga aku dapat berjumpa jodoh yang baik, 
       yang dapat memimpin aku dunia dan akhirat,
       amin.......








Tuesday, 4 March 2014

Ina Kapatid Anak versi drama melayu

tengok, aku ni memang gila sangat dengan cerita ina kapatid anak, drama filipina yg tengah tayang kat astro bella ni, smpai terbawa-bawa fikiran aku mengimaginasikan kalau cerita ni diadaptasi kepada drama melayu... waaahh, bunyi aku konon macam dah jadi orang penting dalam industri hiburan je kan, tapi taklah, aku cuma terfikir kalau nak buat versi melayu lah kan, sape agaknya yang boleh bawak empat karakter utama dalam tu iaitu Liam, Celyn, Margaux dan juga Ethan...

Okey, tema cerita ni sah-sah lah tak boleh diterima oleh agama dan negara kita.. yelah, tema cerita ni pasal ibu tumpang.. dan mengikut majlis fatwa kebangsaan, hukum menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah haram.. untuk penjelasan lebih lanjut, korang boleh click kat sini e- fatwa (ibu tumpang)

Oleh itu, aku just fikirkan pasal kalau cerita ni adaptasi ke drama melayu, siapa pelakon yang sesuai untuk bawak watak-watak yang aku nyatakan tadi..

Sebenarnya, aku tak jumpa lagi pelakon-pelakon Malaysia yang sesuai bawak watak-watak dalam cter tu, cuma aku terfikir ada seorang pelakon ni sesuai sangat bawak watak margaux yang dilakonkan oleh maja salvador..pelakonnya adalah    ----------------------->
.
.
.
.
.
.
.
.
.

neelofa


sejak aku tengok rancangan meletop kat astro ria yang diacarakan oleh Nabil dan Neelofa, aku selalu rasa dye ni boleh pegang watak Margaux.. muka dah ada iras dah, dengan kedua-duanya ada tahi lalat kat bawah mata, dan bila rambut dorang ala2 curly gitu lagi sama.. dahlah dua-dua pun kecik molek je orangnya..  so apa pendapat korang??


p/s: pelakon untuk watak Celyn, Liam dan Ethan, kita bincang lain post ye..

Tuesday, 18 February 2014

I’m KIMXI’s Fanatic

Korang mungkin tertanya-tanya,
“KIMXI’s fanatic? Apa KIMXI tu? Tak pernah dengar pun”
“Orang ? Barang ? Makanan? Ke apa bendanya KIMXI tu?”
So kepada sape yang nak tahu, KIMXI tu adalah …..


 love team of KIM CHIU and XIAN LIM

Hehehehe, sebenarnya sepanjang aku duk kat umah ni, aku banyak sgt tengok TV.. semua rancangan TV aku bantai.. semua channel aku dah bukak, especially astro ada bagi promotion hujung tahun utk tayangan channel2 HD, makin bertambah lah pilihan rancangan2 TV yg aku boleh tgk..(nasib baik astro rumah aku ada package basic dgn mustika je) , so aku tgk cter2 dr package yg aku ambil n plus cter2 yg aku tgk dr channel HD sempena promotion ni.. So, aku come across this exciting drama dekat channel telenovela pertama Malaysia, astro BELLA.. Tajuk drama tu adalah ‘HER MOTHER’S DAUGHTER’ atau dalam tajuk Filipina nya ialah ‘INA KAPATID ANAK’.



Kalau korang nak tahu hero heroin drama ni lah KIM CHIU dan XIAN LIM.. semua peminat fanatic dorang(including me) gelarkan couple ni sebagai KIMXI.. dorang ni memang sesuai .. n they are actually offscreen couple juga.. to be honest, aku dah kenal KIMXI ni dari cter pertama lagi yg gandingkan dorang sebagai hero dan heroin iaitu cter ‘JADE’ a.k.a ‘MY BINONDO GIRL’..


Tapi, waktu tu aku tak habis belajar lg, so byk miss episode, n bile tengok akhir2, dorang dah bercinta, jd aku tak tahu mcm mana perkenalan mereka.. tp ble habis je aku belajar, n tyme tu cter INA KAPATID ANAK ni baru nak ditayangkan, aku apa lagi, amik lah peluang nak tgk cter ni, dan Alhamdulillah, ceritanya best sangat k.. n fortunately, cter ni lah sebenarnya yg membuatkan aku mula jadi fanatic terhadap KIMXI couple..

so jom layan gambar kimchiu dan xian lim..


KIM CHIU 


XIAN LIM



KIMXI =) 

Saturday, 19 January 2013

Kalaulah aku boleh kata yang aku sayang ayah..

assalamualaikum, semua..

huhu, lama sgt rasanya x update blog nie, 
dh nak hampir 8 bulan dh.. many things happened around those 8 months..

21 Jun 2012 (khamis)
Tarikh ni akan aku ingat sampai bila2..
seperti mana aku mengingati tarikh 5 Disember 2006 (tarikh mama meninggal)

pagi tu, ada sambutan hr guru peringkat maktab kat dewan,
aku ni jenis pesen klu ada event kat dewan, silent handset,
tp hr tu, aku x silent, lupa kot..

then, tbe2, aku sedar yg abang aku call, tp aku missed that call,
then, selang beberapa minit eqin lak call,
aku dgr suara dye cam semacam je,
waktu tu jantung aku something (dh lama x rasa jantung feeling camni)
tbe2 eqin ckp,

AYAH DAH TAKDEEEE!!!

Ya Allah, tyme tu, aku blank, aku rasa cam darah aku tyme tu susah sgt nak smpai dlm otak,
sbb banyak sgt tnda tanya dalam kepala aku,
tanda tanya paling besar skali,

ayah sakit pe?           ayah sakit pe?       ayah sakit pe?       

eqin dgn suara dye yg terumbang-ambing dan tak terkawal tu,
ckp yg ayah meninggal tyme dlm prjlnan nak pegi sarapan,
ketu aku tanya eqin,
"ayah kemalangan ke, qin?"
(sbb ayah aku x sakit teruk, last skali aku jumpa dye, ayah elok sgt)

eqin ckp yg ayah tbe2 je diam tgh memandu tu,
ble acik sakyah kejutkan, cam waktu tu dah nazak dah,
tp ayah senyap je tyme tu, ayah dibawa ke klinik kesihatan, 

kata acik, sebelum ayah dibawa masuk dlm bilik klinik pun, 
ayah mmg dh x de..

aku terus bergegas balik asrama, 
siapkan apa yg patut, 
sepanjang perjalanan dr dewan ke blok E tu, 
aku nangis gile2, 
aku panggil ayah.. ayah.. nape ayah...

lps tu uda n kak etiey amik aku, 
tp uda kena catch ira kat pahang, so aku blk kg dgn alang n k.etiey,
eqin lak bergegas blk dr kelantan ke kg.. 
ila lak dr mesir, lagi lah, tepon sibuk nak balik, 
aku ckp, x boleh, coz dye lagi 3 hr rasanya nak exam,
kesian ila (aku tahu dye rapat dgn ayah)
tyme tu, aku mmg hope sgt ila dpt tenangkan diri dye..

sampai je kat umah ayah ,
aku tgk org tgh mandikan jenazah, (dlm hati bersyukur sbb ada sedare n org taman yg sgt2 membantu)
lps tu, jenazah ayah dibawa masuk,
waktu perasaan aku mmg x dpt digambarkan,
baca yassin, baca quran, nangis, 

wktu ayah dikebumikan,
pakcik aku bawak luqman (anak ayah ngan acik skayah) kat depan kubur tu, 
tbe2, luqman tanya,
"Ayah kalau dah pegi boleh balik lagi tak?"
apa lg, air mata aku lg kuat mengalir, ucu ajak terus bawak luqman ke belakang balik..

aku teringat kali terakhir aku jumpa ayah waktu ayah hantar ak kat stesen bas, 
hr tu hari bapa, aku cam dah set nak wish, 
tp tulah, ayah mmg x tunjuk mesra sgt dgn anak-anak, 
so aku pun mmg malu nak wish, jadik lps salam ayah, aku kuar kete terus..

kalaulah aku tahu, hr tu adalah hr terakhir aku jumpa ayah, 
even bukan hr bapa pun, aku akan cakap yg aku sayang sgt kat ayah, 
sayang sgt2!!

lps mama meninggal, aku terlalu care psl makcik aku iaitu nyah,
sbb nyah yg jaga aku lps mama meninggal, 
jadik, ble aku ke mana2, aku akan belikan brg utk nyah, 
aku jarang sgt2 beli barang utk ayah, 
nak tahu sbb pe, aku slalu pikir yg ayah akan hidup lama lagi, 
ayah sihat sgt2, ayah kuat, lg pun, aku dah takde mama, 
tak kan lah ayah pun akan pergi cepat ikut mama..

tp kini aku sedar yg urusan MAUT tu, semuanya dalam tgn Allah, 
aku slalu pikir, camne lah nanti lau aku kawen, 
ayah kena uruskan.. 
tp skrg benda tu x mungkin terjadi, 
wlupun aku sedih coz mama ngan ayah dah x de, sebelum sempat aku ada keluarga sendiri, 
tp jauh dlm sudut hati aku, 

ni semua dah tertakdir,
lps 6 tahun mama pergi, ayah pulak pergi mengikut mama, 
memang Allah lebih menyayangi mereka berdua,
sebab tu Allah nak mereka berehat dari urusan dunia ..

skrg ni, aku cuba utk jaga nyah baik2, 
nyah x de keluarga, dye slalu ckp,
"nnt aku mati, sape nak doakan aku?"

ketu nanti, aku mesti marah (x de niat sebenarnya, juz geram je bile nyah tanya camtu),
aku cakap,
"nanti iqah doalah utk nyah, nyah nie, adik-bradik lain pun akan doa utk nyah"

sampai sini jelah coretan aku kali ni,
mmg panjang lebar aku tulis,
juz nak ckp kat korang yg,
sayangilah ibu bapa korang sgt2, 
sebab ble dorg dah takde, 
rasanya mmg x de bnda lain akan dpt gantikan kegembiraan ketika dengan dorg, 
walau harta benda dan wang ringgit skali pun, 
salam....

p/s : tbe2 aku rindu sgt kat mama, mama yg aku sgt2 rasa perlukan ketika aku tgh sedih, x bersemngat, even ketika ak rasa aku nak share psl cinta-cintun dgn seseorang, and i really hope mama is the one sitting beside me n hear my story =)