Tuesday, 4 March 2014

Ina Kapatid Anak versi drama melayu

tengok, aku ni memang gila sangat dengan cerita ina kapatid anak, drama filipina yg tengah tayang kat astro bella ni, smpai terbawa-bawa fikiran aku mengimaginasikan kalau cerita ni diadaptasi kepada drama melayu... waaahh, bunyi aku konon macam dah jadi orang penting dalam industri hiburan je kan, tapi taklah, aku cuma terfikir kalau nak buat versi melayu lah kan, sape agaknya yang boleh bawak empat karakter utama dalam tu iaitu Liam, Celyn, Margaux dan juga Ethan...

Okey, tema cerita ni sah-sah lah tak boleh diterima oleh agama dan negara kita.. yelah, tema cerita ni pasal ibu tumpang.. dan mengikut majlis fatwa kebangsaan, hukum menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah haram.. untuk penjelasan lebih lanjut, korang boleh click kat sini e- fatwa (ibu tumpang)

Oleh itu, aku just fikirkan pasal kalau cerita ni adaptasi ke drama melayu, siapa pelakon yang sesuai untuk bawak watak-watak yang aku nyatakan tadi..

Sebenarnya, aku tak jumpa lagi pelakon-pelakon Malaysia yang sesuai bawak watak-watak dalam cter tu, cuma aku terfikir ada seorang pelakon ni sesuai sangat bawak watak margaux yang dilakonkan oleh maja salvador..pelakonnya adalah    ----------------------->
.
.
.
.
.
.
.
.
.

neelofa


sejak aku tengok rancangan meletop kat astro ria yang diacarakan oleh Nabil dan Neelofa, aku selalu rasa dye ni boleh pegang watak Margaux.. muka dah ada iras dah, dengan kedua-duanya ada tahi lalat kat bawah mata, dan bila rambut dorang ala2 curly gitu lagi sama.. dahlah dua-dua pun kecik molek je orangnya..  so apa pendapat korang??


p/s: pelakon untuk watak Celyn, Liam dan Ethan, kita bincang lain post ye..

No comments:

Post a Comment